Buvazoi Tavantang Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu 2025

Free

Entry

50+

Vendors

500+

Capacity

Kopisanangan dan Salam Kaamatan


Buvazoi Tavantang Kaamatan (MRK) Bandaraya Kota Kinabalu 2025 untuk julung kalinya akan diadakan di Sabah International Convention Center. Pertandingan ini dianjurkan untuk memilih wakil BTK Bandaraya Kota Kinabalu, daerah Inanam, daerah Likas dan daerah Ranau ke pertandingan Buvazoi Tavantang Kaamatan Peringkat negeri Sabah.

Pengerusi Buvazoi Tavantang Bandaraya Kota Kinabalu, Mr. Graham @ Firdaus sangat bersyukur kerana proses persiapan setakat ini berjalan dengan sangat baik kerana berkat kerjasama yang baik dari AJK, manager dan top 15.

Penganjur juga berterima kasih kepada Mr. Casey Jovial selaku pengerusi BTK@MRK Negeri Sabah serta barisan AJK BTK Negeri Sabah diatas kepercayaan dan dorongan yang diberikan sehingga program ini dapat diatur dengan sangat baik.

Sempena pertandingan Buvazoi Tavantang Bandaraya KK (BTK BKK), barisan artis seperti Elica Paujin, Eylia Guntabid, Ryenald Guntabid, Mr. Donald Guntabid dan penari dari pelbagai sekolah akan membuat persembahan untuk memeriahkan lagi acara tersebut.

Program ini akan disiarkan secara langsung oleh TV Sabah. Buvazoi Tavantang Bandaraya KK 2025 akan dijalankan pada 26 April 2025 di Sipadan Hall 3, Sabah International Convention Center (SICC).

Similar Events

2025 Chinese New Year Dragons, Unicorns and Lions Dance Festival

Organized by United Sabah Chinese Communities Association of Kota Kinabalu (USCCA KK)

Miss World Malaysia 2024

HOBBYCON 2024

Winter Fest Season Subculture

Organised by AMG Sabah

Majlis Makan Malam Amal Legends

Charity Concert with The Legends

Concert Sifu Dan Aku

KONSERT SIFU & AKU by Dato’ M. Nasir and Dato’ Hattan

Ella Concert

Jilid Akhir: Ella Puteri Kota